Hi,
Ni kali pertama aku nak menulis trip percutian aku ke Pulau Perhentian, hahaha. Nnt last sekali aku akan list out total hangus. So, enjoy my writings and pictures!!!
DAY 0 – 10/7/2017
Dari TBS ke Kuala Besut, bas Perdana Express, pukul 10 malam. Bas ni bawak laju gila, nak elakan rasa takut so aku tidur sepanjang perjalanan. Bas perdana ni kebanyakan semua bas 2 tingkat tp masa tu seat kami kat tingkat bawah. Kalau tingkat atas mesti kecut perut sebab bas ni bawak laju semacam.
Aku pergi trip ni secara berkumpulan total 8 org, we all basically from KL. Dari KL ke Kuala Besut kita org naik bas express je, mmg aku sendiri recommend naik bas sbb sgt convenience and murah. Dari terminal bas nak ke jeti Kuala Besut boleh Jalan kaki je kalau tau jln (korng blh guna google maps yang blh setting untuk perjalan kaki) atau boleh naik van byr RM2.00 je sorang. Kitaorg naik van tp tak perlu bayar sebab kawan sponsor, Hahahahhaha. Trip ni kitaorg guna pakej dari Perhentian Trans. Pakej dorng termasuk boat transfer, accommodation and snorkeling.
DAY 1- 11/7/2017
Kita org sampai terminal bas Kuala Besut pkul 5 pagi, awal kan? 7 jam je dah sampai. Ingat nak bersiap kat stesen bas je, tapi cari surau tak de pulak, so kitaorg decide nak ke jeti kuala besut. Call person in charge bawak kita org ke jeti naik van, tak sampai 5 minit dah sampai jeti. Lagi best bila depan jeti mmg ada surau, tnggal kena lintas jalan je. Surau dia ok la untuk solat and kitaorg siap2 sebelum naik boat.
kami dah ready untuk PANGGILAN PULAU!!!
After siap2, cari port untuk breakfast and jumpa travel agent untuk ambk semua ticket masa kat pulau nanti. Kita org ambk bot pkul 9 pagi tp bot smpai lewat sikit. Mula2 nak marah tp bila satu bot denagn foreigner hensem terus semua geng aku cool down. Ahhahahhaha. Dari jeti ke chalet kita org dlm 30 minit. Smpai je terus check in, unpacking, rehat and solat. Btw, kat chalet aku ni x de line kecuali tune talk. Kawan aku sorng ni dia pakai tune talk, so dia sorng je yg ada line, yg lain berhuhuhuhu jek.
Lepas zohor kita org ada aktiviti photoshoot bertemakan kain batik. Idea asal ialah dari aku sendiri sbb aku ternampak kat IG ada 3 org ni bergambar pakai kain batik, cunsss sesanggat. Tp mula2 aku bg idea x semua terus setuju sbb dorng kata x reti pakai.. aku pon malas nak paksa tp on that day semua berkain batik which is so lovely. Kita org photoshoot/ ber ootd dlm masa sejam sebelum tukar pakaian sbb lepas ni nak ke kincir angina plk. Tp sebelum tunggu bot smpai kita org sempat unch kat restaurant berdekatan. Aku makn seafood fried rice je dengan air teh’ o ais. Air dia je RM6 kau, teh’ o ais je pon.
me and the beach :)
relax je berselipar jepun, hahahahahha.
This photo was taken by mat saleh and turn out cunss sgt.
kain batik kami berwarna-warni kan?
Dari chalet nak ke tempat kincir angin tu 10 minit je by boat. Tempat dia subhanallah sgt cansss. Ohh btw, nak ke kincir angin dah tak blh naik direct tangga dia tau sbb kat bawah tu dah roboh sikit. So, semua org nak ke kincir angin kena mendaki melalui trek yg sedia ada.
'rock' and roll, hahahhahahahah
Nak ke puncak hanya 20-30 minit je tp sebelum kita org ke puncak kita org dah salah Jalan tau, dah membazir 45 minit sebabnya kita org tak nampak signboard wind mill belok ke kanan, kitaorg plk terus je menonong ke depan sbb khayal tgk hp masing2 nak update status sbb baru dapat line kan, hahahahhaha. So total aku nak smpai ke puncak ambik masa sejam lebih. Aku smpai puncak masa tu dah pkul 6 petang. Dah puas ambk gmbr, 6.30 petang kitaorg dah start gerak nak turun sbb takut kalau lambat hari makin gelap, kes naya pulak karang. Lagi pun, janji dengan abg bot tu nak suruh ambk pkul 7 malam.
so serene kan view dia, tenang je dekat top of wind mill ni.
ni wind mill yer, ada 2 je.
small love for you!!
Malam kita org makan meggi je and then main 3 game, dia punya gelak macam nak runtuh chalet tu. Hahaahahhahah
DAY 2- 12/7/2017
Hari kedua ni planning snorkeling je, janji dengan abang bot tu pkul 10. Tapi kami bersiap awal macam biasa la nak photoshoot kan. Aku mmg reti berenang, so snorkeling tu mmg x jd masalah besar bg aku, lg pun sbelum ni dah beberapa kali aku snorkeling kat tempat lain, tp jangan risau buat yg tak reti sbb dorng akan guide korang cara2 nak snorkeling kat tepi pantai dulu. Beach boy akan bagi briefing kat korng smpai korng ok untuk kawal diri sendiri dalam air sbb lepas ni ada beberapa tempat yg air dia agak dalam dan arus kuat.
matahari pun blm nampak tp dah berootd, hahahhaa.
my little squad, nampak x air ni. mcm ka maldives oii!!
Untuk day 2 ni aku x de nak type panjang, korng tgk gambar je la ye.
Lepas snorkeling, balik chalet, kitaorg lunch dulu and smbng mandi kat tepi pantai. Ingt kan nak p naik bot tengok sunset tp cuaca mendung so kita org p ngeteh minum juice and makan burger je ptg tu.
DAY 3- 13/7/2017
Last day kat perhentian ada tema which is semua kena pakai baju warna putih and coincidently kitaorg bawak tudung yg warnanya hampir sama. Check out pkul 11 tp boat transfer dtg ambk pkul 12 and Pkul 10 kita org dah siap nak photoshoot.. hahahahahahahhah
ok, boyan ni paling special, sepanjang kat pulau, hari2 aku mesti nak kena lepak kat boyan ni, terbuai-buai. hahahahah
sesuci lebaran kan? sedondon gitewww
Dah smpai jeti around 12 lebih kita org lepak dulu smbil update status masing2, bas kita org pkul 8.30 mlm tp pkul 5 nak jumpa kawan aku punya kawan, senang cerita kwan akulah dia nak bawak g makan sate area situ, punya lah sedap sate dia smbil makn kat tepi pantai, uiiiiiii, love love love sgt.. hahahhahaha. Pastu kawan aku bawak kami ke rmh dia solat jamak and dia tlg hntarkan ke stesen bas. Bas kali ni dia bawak slow sikit, kitaorg smpai TBS pkul 5.30 pagi.
TOTAL HANGUS
PAKEJ 3H2M PERHENTIAN TRANS: RM 190.00
BUS EXPRESS TBS-KUALA BESUT-TBS: RM 88.00/RETURN
LUNCH DAY 1: RM16.50
KINCIR ANGIN: RM 25.00
LUNCH DAY 2: RM 19.00
JUICE WATERMELON DAY 2: RM 7.00
BURGER SPECIAL: RM 6.00
WIFI: RM 5.00
JUICE WATERMELON DAY 3: RM 8.00
SOUVENIR: RM 30.00
GRAND TOTAL: RM394.5
So tu je la yang aku nak cerita trip aku ke pulau ni, overall rating pulau ni 9/10. Aku x bg 10 sbb line x de, kalau line ada 15 bintang pon aku sanggup bagi. Kalau korang nak contact number pakej yg aku ambk korang blh dm aku kat facebook/instagram @nabilaheddie, nnt aku bg contact no dorng..
Ok, tq baca smpai habis, insyallah my next big trip either Korea or Europe, so, tungguuuu!!!